Friday 22 July 2011

Dengar wahai cintaku

Wanita solehah itu aurat dijaga, 
Pergaulan dibatasi, 
Sifat malu pengikat diri, 
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solihah itu, 
tidak terletak pada kecantikan wajahnya, 
Kemanisan wanita solihah, 
tidak terletak pada kemanjaannya, 
Daya penarik wanita solehah itu, 
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, 
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, 

Bukan dan tidak sama sekali, 
Kepetahan wanita solehah, 
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, 
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. 

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa 
yang indah bak permata yang menyinari alam, 
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya 
dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, 
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, 
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. 

Wahai wanita jangan bangga dengan kecantikan wajahmu, 
kerana satu hari nanti ia akan lapuk di telan zaman, 
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan didalamnya, 
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi, 

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi 
yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu, 
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, 
Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut 
pada wanita hanya kerana kecantikannya, 
Bersyukurlah diatas apa yang ada, 
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. 

Salam perjuangan untuk sahabatku, 
Wanita solehah. 

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Friday 15 July 2011

Malaysia Vs Liverpool


Lepas lawan dengan Arsenal, malam esok skuad Malaysia bakal di uji oleh satu lagi kelab dari EPL. Harap2 skuad harimau Malaya dapat menunjukan taring yang sebenar. Kepada penyokong skuad kebangsaan marilah kita sama2 turun ke stadium untuk memberikan semangat bagi pasukan negara. Perlawanan ini hanya sebagai latihan untuk menguji sejauh mana kemampaun skuad kebangsaan sebelum berentap menentang skuad singapura yang dibarisi pemain luar negara yang dibeli oleh singapura. Good luck Malaysia..main dengan penuh semangat, tunjukan pada dunia yang pasukan negara bertaraf antarabangsa...MALAYSIA BOLEH.

Wednesday 13 July 2011

Makan bola, tido bola, jgn minum coca-cola...



Mengharap da live kat ASTRO tapi tak dak la plak....kecewa gilerrr la, dah ler tengah semangat nak sokong Malaysia main...walaupun tahu tak setanding dengan kelab dari EPL tapi Malaysia tetap dihatiku..walaupun kalah 4-0 ditangan Arsenal tapi kira ok ler..Memang tengah harap sangat Malaysia dapat menumbangkan Singapore..Malaysia boleh!!!! Harap la sangat pihak Astro dan Channel TV Malaysia dapat menyiarkan setiap game yang Malaysia main....harap Malaysia dapat menimba pengalaman daripada game menentang kelab-kelab EPL...Malaysia boleh!!!!!

Monday 11 July 2011

Baru aku tahu.....



Andaiku tahu kapan tiba ajalku....eh..terkarok lak..sebenarnya nak cakap, baru ku tahu susahnya nak buat blog ni...ingatkan senang macam makan kacang ja...tapi kena bermula dengan tanam pokok kacang...aduiiiii...selalu bila baca blog orang, senang jer kita cakap " lambatnyer budak ni update"...hehehe..tapi bila dah menyelami dunia blog ni..rupanya susah nak post something, kena edit sana-sini...sometime rasa nak give up pun ada...nasib baik la, da abg Azree yang sentiasa bagi semangat untuk meneruskan usaha dalam dunia blog ni...harap-harap i dapat update blog ni selalu...wink**

Sahabat Sejati..

Kamu semua sentiasa di hatiku.
Kenangan yang tidak akan lenyap.
Duhai Teman Duhai Sahabatku…
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….